LAPORAN DARI MAHKAMAH MAJISTRET KULIM
23/12/2000.
Pagi ini lebih ramai lagi penyokong-penyokong BA
berkumpul di perkarangan Mahkamah Kulim. Reformis-reformis dari KL turut hadir
memberikan sokongan. Tiga pemimpin keADILan telahpun berada awal di Mahkamah
berbanding dengan 4 WIRA LUNAS kita yang dibawa hanya pada jam 12.00 tengahari
21/12/2000 lalu.
Sdr.Gobalakrishnan menyertai Sdr. Tian Chua dan Tuan
Hj.Ruslan Kassim di IPD Kulim selepas beliau sendiri menyerah diri kepada polis di
Kulim. Sebelum itu beliau berada di Kelantan. Pertuduhan dan ikat jamin yang sama
telah dikenakan kepada ketiga-tiga pemimpin kita iaitu TUDUHAN MERUSUH dan ikat
jamin $5,000.00 seorang. Tarikh perbicaraan berikutnya juga telah ditetapkan pada
14 April 2001.
Khabarnya Majestrit muda kita tu nampak tak
'confident' semacam je.... almaklumlah berdepan dengan BOSS sendiri sebagai
pendakwaraya.... Timbalan Kanan Pendakwaraya Zulkifli Bakar, juga merupakan
Penasihat Undang-undang Negeri Kedah! Sepanjang masa para menyokong berhimpun di
luar perkarangan, pihak anjing-anjing kurap tidak membenarkan sebarang bendera
ataupun sepanduk-sepanduk dikibarkan.
Malah kali ini para penyokong tidak langsung
berpeluang mendekati kawasan mahkamah. Jalan-jalan dihadang dan ditutup. Semua
hanya dapat berhimpun di tepi jalan raya berhadapan dengan mahkamah yang
BERKHIDMAT UNTUK KEADILAN itu!
 |
......... |
Tian Chua, Haji
Ruslan Kassim dan Gobalakrishnan yang baru keluar dari Mahkamah Majistret
Kulim semalam dipeluk oleh para pejuang keadilan dari pelbagai bangsa,
sambil memberikan kata-kata semangat. Peristiwa ini membuktikan kepada kita
bahawa tohmahan Mahathir dan para juaknya bahawa parti-parti memainkan
sentimen perkauman dan cubaan mencetuskan rusuhan kaum adalah bersifat
'pembohong' dari seorang Raja Kelentong Negara (sesuai dengan gelaran yang
diberikan oleh Lim Guan Eng). Kelihatan di belakang bendera adalah terdiri
dari kaum India juga turut dalam perkumpulan semalam. Semangat muhibbah
tinggi dan tulen dalam Barisan Alternatif membuatkan Mahathir dan para
juaknya berikhtiar membuat fitnah dan menyebarkannya melalui media
perdana. |
Namun solgan-slogan keramat tetap dilaungkan oleh
penyokong-penyokong. Tidak dapat dengan perbuatan....dengan suara pun jadilah!
Anjing-anjing kurap hanya mampu terkebil-kebil memandang para penyokong yang
sungguh bersemangat itu. SB pun banyak berkeliaran kali ini. Ada seorang SB wanita
yang mamakai tudung berwarna biru keADILan. Eleh.....tak payahlah nak
menyamar.....kalau dah anjing kurap tu pi mana pun orang boleh hidup bau
hanyirnya!
Para pemimpin kita yang ditahan dibebaskan selepas
wang ikat jamin dibayar. Lebih kurang pukul 12.10 tengahari mereka melangkah
keluar dari mahkamah. YB Saifuddin sempat berucap pendek kepada para penyokong
yang setia menunggu dari pagi. Hajat untuk memberikan serba sedikit penerangan
berkenaan perbicaraan kes pagi tadi terbantut apabila pihak anjing kurap sekali
lagi menyalak tak tentu pasal. Puak itu tidak membenarkan perhimpunan diteruskan
dan meminta beredar segera. Para penyokong membantah tindakan anjing-anjing kurap
itu tetapi YB Saifuddin bingkas membacakan doa sekaligus menyuraikan perhimpunan
pagi itu.
Tuan Hj. Ruslan Kassim, Sdr. Tian Chua dan Sdr.
Gobalakrishnan tetap ceria seperti biasa. Alah bisa tegal biasa! Yang tak
biasa.....MADEY MAHAKUTTY DAN KUNCU-KUNCUNYA......kita tunggu harinya!
Dengar-dengarnya puluhan tangkapan lagi akan dibuat........
LAWAN TETAP LAWAN! LAWAN SAMPAI
MENANG!
Spy LUNAS
 |
 |
YB Saifuddin ADUN Lunas sempat memberikan
ucapan pendiknya kepada para penyokong yang hadir |
Bacaan doa dilakukan sebaik sahaja anjing
Mahathir cuba menghalau perkumpulan ini |
|